Foto: AFP

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengalu-alukan laporan kemajuan dalam rundingan untuk gencatan senjata di Gaza.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu menawarkan satu harapan selepas berbulan-bulan penderitaan dan kemusnahan yang tidak tertanggung.

Sebelum itu, kumpulan Palestin Hamas hari ini mengumumkan telah bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sambil menghargai usaha beliau bersama Turkiye, Qatar dan Mesir.

“Setiap usaha yang boleh menamatkan keganasan dan melindungi nyawa yang tidak bersalah mesti dilakukan dengan ikhlas dan segera.

“Malaysia berdiri dalam solidariti penuh dengan rakyat Palestin dalam usaha mereka untuk keadilan, maruah dan kenegaraan.

“Saya menggesa semua pihak yang berkaitan untuk merebut peluang ini untuk menuju ke arah keamanan yang menyeluruh dan berkekalan,” katanya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hamas bersetuju dengan fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza Trump

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast