PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

LAHAD DATU – Tiga warganegara Indonesia maut manakala tiga lagi cedera parah, selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik di Batu 18, Jalan Sandau, di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, mangsa yang maut, terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berumur antara 36 hingga 41 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.05 petang melalui talian MERS999 dan lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 31 kilometer dari pusat bandar.

“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit, terdapat dua wanita serta seorang lelaki juga warganegara Indonesia berumur antara 40 hingga 46 cedera parah dan dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sumsoa berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 5.27 petang, setelah memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast