KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM470 bilion untuk Belanjawan 2026 berbanding RM452 bilion tahun lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM338.2 bilion untuk belanja mengurus (OE) dan RM81 bilion belanja pembangunan (DE).
Sejumlah RM30 bilion ringgit bagipelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, pelaburan awam-swasta (RM10 bilion) dan pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10 bilion).
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, bagi tahun 2026, ekonomi diunjur berkembang lebih rendah antara 4.0 hingga 4.5 peratus.
Ini susulan ketidaktentuan ekonomi dunia dan sengketa geopolitik, geoekonomi yang berterusan.
Tambahnya, kerajaan tekad untuk defisit 3.5% tahun 2026.
Penurunan defisit bermakna jumlah hutang baharu turun dan terkawal: daripada RM100 bilion (2022); RM92 bilion (2023); RM77 bilion (2024) dan sekitar RM77 bilion ringgit (2025)
“Dengan disiplin berterusan,
defisit fiskal 3 peratus mampu dicapai dalam jangka sederhana,” tambahnya.
Anwar berkata, pada tahun hadapan, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan
dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion berbanding RM334.1
bilion unjuran tahun ini. – MalaysiaGazette















