Seorang wanita maut manakala anak perempuannya berusia enam tahun cedera dalam kemalangan di Jalan Sialang Tangkak, Tangkak, semalam.

TANGKAK – Seorang wantia maut manakala anak perempuannya berusia enam tahun cedera selepas motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan dengan kereta di Kilometer 0.5, Jalan Sialang Tangkak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 10 pagi dan mengkibatkan mangsa berusia 34 tahun yang meninggal dunia di lokasi.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan kereta menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas.

“Dua beranak terjatuh di atas jalan dengan ibu parah di bahagian dada dan kepala disahkan meninggal dunia di lokasi sementara kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tangkak untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Roslan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Faszrulhaq Zulkapli menerusi talian 012-2306943.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast