Leong Yu Man (Tengah) merasmikan Matta Fair Pahang 2025 bagi edisi kali kedua tahun ini di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Pahang akan melancarkan aplikasi pintar berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dikenali sebagai Pahang Destina, negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan teknologi ini dalam sektor pelancongan.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man berkata, langkah tersebut relevan dengan era teknologi digital bagi mempromosikan industri pelancongan di negeri ini.

“Aplikasi Pahang Destina akan dlancarkan pada Oktober ini dan akan dimaklumkan tarikhnya kemudian.

“Untuk permulaan tiga lokasi Cherating, Bukit Fraser, Kuala Lipis dan melalui aplikasi ini pengunjung akan mendapat maklumat lanjut berkenaan lokasi, acara, produk pelancongan, tempat bermalam supaya mereka boleh singgah lama di sesuatu destinasi pelancongan.

“Kita harap ini permulaan terbaik kerana sekarang zaman AI dan bagi fasa akan datang kita akan mempromosi lokasi seterusnya,” katanya pada majlis perasmian MATTA Fair Pahang 2025, di sini, hari ini.

Leong Yu Man

Tambah Yu Man, fasa pertama sangat penting bagi menilai sambutan pengguna dan pelancongan terhadap aplikasi berkenaan.

Sementara itu, Matta Fair Pahang 2025 yang diadakan kali kedua ini mensasarkan jualan sebanyak RM2 juta berbanding RM1.6 juta sebelum ini.

Menurut beliau, dengan penyertaan pelbagai agensi dan rakan industri, saya yakin MATTA Fair Pahang 2025 akan menjadi pemangkin yang terus menggerakkan sektor pelancongan, bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di seluruh negara.

“Usaha-usaha ini telah membuka lebih banyak peluang pasaran dan meningkatkan keyakinan pelancong luar untuk memilih Pahang sebagai destinasi pilihan mereka.

“Semua inisiatif ini menunjukkan komitmen bersama dalam memastikan Pahang terus relevan, berdaya saing, dan berdaya tarik di mata dunia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast