TVET BMT
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA SELANGOR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) memfokuskan agenda melahirkan teknousahawan sekaligus dapat muncul sebagai Universiti Usahawan TVET Global (Global TVET Entrepreneur University).

Jelas beliau, teknousahawan merupakan kerjaya untuk melahirkan ahli perniagaan yang berjaya dalam masa sama dapat membuka peluang pekerjaan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Saya berpandangan bahawa kursus-kursus di universiti dan kursus teknikal terutamanya TVET bukan hanya sesuai untuk terjun alam pekerjaan tetapi usaha perlu diwujudkan lebih ramai usahawan

“Saya memberikan penekanan tentang kita bukan mencari pekerjaan tapi mencipta pekerjaan

“Para usahawan boleh mencipta pekerjaan untuk mengambil mereka yang berada dalam bidang yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di  Program PuTERA35@ Kampus UITM, Puncak Alam, hari ini.

Menurut Zahid, usaha tersebut boleh digerakkan dengan memfokus dan melonjakkan kursus yang berkaitan dengan keusahawanan  di samping melibatkan TVET.

“Penekanan (usaha) mesti dilakukan untuk mewujudkan  usahawan profesional yang lebih ramai yang kita panggil sebagai Teknousahawan,” ujarnya.

Terdahulu, ketika menyampaikan ucapan beliau berkata, kajian Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) & ILO (Pertubuhan Buruh Antarabangsae menegaskan bahawa TVET tidak boleh hanya melatih pelajar untuk mencari kerja sebaliknya mesti melahirkanu sahawan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast