KUALA LUMPUR – Empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang disiasat kerana disyaki merogol pelajar tingkatan 3, di sebuah sekolah dekat Melaka tidak akan akan menduduki peperiksaan itu di sekolah mereka.
Sebaliknya, mereka akan berada di tempat yang ditetapkan.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, kebenaran untuk semua suspek menduduki peperiksaan SPM tidak sama sekali bermakna mereka akan terlepas daripada hukuman.
Bahkan, kebenaran itu juga tidak mengganggu proses undang-undang yang sedang berjalan.
“Hak mereka sebagai murid dan calon SPM tetap kita akan diberikan,” katanya semasa siding media hari ini.
Pada masa yang sama, katanya, Lembaga Tatatertib Sekolah yang bersidang pada hari ini telah menjatuhkan hukuman buang sekolah terhadap semua suspek yang terlibat.
Berita lanjut menyusul
Empat calon SPM dibuang sekolah, duduki peperiksaan di pusat tahanan – Azam
















