Logo ATM

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Markas Angkatan Bersama (MK AB) akan melaksanakan Eksesais AMAN YOUYI Tahun 2025 bersama People’s Liberation Army (PLA) dari China bermula 15 hingga 23 Oktober depan.

Latihan ketenteraan dwitahunan itu akan dijalankan di beberapa kawasan sekitar Selangor, termasuk Klang, Subang, Puchong serta di perairan Selat Melaka.

Sel Hal Ehwal Awam, Markas Angkatan Bersama dalam kenyataan memaklumkan, eksesais itu bertujuan meningkatkan kebolehoperasian bersama antara ATM dan PLA di samping memperkukuhkan hubungan ketenteraan dua hala.

“Latihan ini juga penting dalam mempertingkat kesiagaan pasukan untuk melaksanakan operasi kemanusiaan serta memastikan keselamatan maritim di rantau ini,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak panik sekiranya melihat kehadiran anggota tentera asing, pergerakan konvoi aset-aset ketenteraan serta aktiviti berkaitan eksesais yang dijangka bermula seawal 13 Oktober 2025 sehingga tamat latihan.

Kawasan terlibat termasuk sekitar Klang, Puchong, Subang serta kawasan berhampiran perairan Selat Melaka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast