Mangsa dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

SEBERANG JAYA – Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh dua kenderaan lain di bahu jalan berhampiran Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, hari ini.

Mangsa berusia 38 tahun yang memandu Proton Saga FLX dilaporkan tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan orang awam.

Difahamkan, ketika kejadian, dua kenderaan yang dirempuh itu berada dalam keadaan diparkir dan tidak mempunyai penumpang atau pemandu.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba pada jam 8.43 pagi, mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke HSJ untuk rawatan lanjut.

“Kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan, namun hanya seorang mangsa terlibat,” katanya.

Tambahnya, pasukan bomba kemudiannya menjalankan pemeriksaan keselamatan serta mengalihkan kenderaan terbabit untuk memastikan kawasan selamat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast