PETALING JAYA – Beberapa individu dipercayai keluarga mangsa pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut ditikam seorang pelajar lelaki, pagi tadi kini berada di Jabatan Patologi Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Bagaimanapun, setakat ini pihak media tidak dibenarkan mendekati kawasan berkenaan.
MalaysiaGazette difahamkan, mayat mangsa telah berada di jabatan tersebut.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid mengesahkan kejadian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut selepas ditikam dalam satu kejadian tragis di sebuah Sekolah Menengah di Damansara Utama.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, polis berkata, terdapat kesan beberapa tikaman di bahagian dada mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dilaporkan berkata, pihaknya merampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan pelajar lelaki itu.
Motif kejadian masih disiasat. – MalaysiaGazette
















