Presiden Donald Trump berucap di Sidang Kemuncak Keamanan Gaza di Sharm El-Sheikh Gaza pada 13 Oktober 2025. Foto AFP

KUALA LUMPUR -Penganjuran Sidang Kemuncak Keamanan Gaza di Sharm El-Sheikh yang dianjurkan bersama Presiden Donald Trump dan Mesir, kelmarin menerima banyak kritikan daripada komuniti antarabangsa.

Terdapat media antarabangsa yang menyifatkan sidang kemuncak tersebut hanyalah medan untuk Trump membangga diri dan menonjolkan beliau sebagai “pencetus keamanan” berbanding benar-benar membincangkan pelan induk keamanan Gaza dan apa yang perlu dilakukan pasca-perang.

Felo Majlis Profesor Negara, Dr Azmi Hassan berpendapat, Malaysia lebih beruntung tidak dijemput menghadiri sidang kemuncak tersebut berbanding terpaksa membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipergunakan Trump untuk mendapatkan talian hayat beliau dengan berlatarbelakangkan pemimpin dunia.

Political Analyst and Geostrategy Expert from UTM, Assoc. Prof. Dr. Azmi Hassan speaks during the MalaysiaGazette 2020 Review Programme at the MG Studio, Lakefields, Sungai Besi. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 31 DECEMBER 2020. flood NADMA MKN National Disaster Management Agency
Felo Majlis Profesor, Dr Azmi Hasan

“Bagi saya, eloklah kita tidak dijemput. Kalau tidak, Datuk Seri Anwar perlu mendengar bebelan Trump semasa berucap.

“Kita boleh lihat pemimpin-pemimpin utama seperti Perdana Menteri United Kingdom, Kier Starmer; Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni; Perdana Menteri Greece (Kyriakos Mitsotakis) dan Perdana Menteri Pakistan (Shehbaz Sharif) resah mendengar ucapan Trump di sidang kemuncak itu.

“Beliau bukan menceritakan mengenai 20 perkara dalam pelan damai Gaza sebaliknya membangga diri dan menunjukkan betapa bagusnya diri beliau sendiri,” katanya kepada Malaysia Gazette di sini.

Azmi yang juga seorang penganalisis politik dan geostrategis berpendapat, banyak hikmahnya Malaysia tidak dijemput menghadiri sidang kemuncak tersebut.

Semalam, Anwar menjelaskan, Malaysia tidak menyokong sepenuhnya syarat-syarat yang terkandung dalam pelan damai antara Hamas dan Israel menjadi antara sebab mengapa negara tidak dijemput menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Gaza.

Menurut beliau, sokongan Malaysia terhadap pelan damai yang dirintis Trump itu adalah dengan bersyarat dan ia juga merupakan keputusan dan pendirian yang dibuat secara sukar serta dipersetujui pada saat-saat akhir.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kehadiran Presiden Indonesia di sidang kemuncak tersebut, Azmi menjelaskan, Subianto Prabowo mewakili negara yang mempunyai penduduk Islam teramai di dunia.

“Beliau pernah dijemput menghadiri pertemuan di luar Perhimpunan Agung PBB beberapa minggu lepas dan kelmarin dijemput lagi pada Sidang Kemuncak Keamanan Gaza.

“Ia tidak mempunyai kaitan dengan kenyataan Pak Prabowo yang dilihat pro-Israel sebaliknya kehadiran beliau kerana mewakili sebuah negara yang mempunyai penduduk Muslim teramai,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast