PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan ketetapan untuk melaksanakan pemeriksaan rambang (spot check) di sekolah secara lebih kerap tanpa berjadual.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia bagi memastikan sekolah berada pada persekitaran selamat.
“KPM juga akan mengeluarkan satu panduan kepada sekolah-sekolah untuk melaksanakan spot check secara mingguan tapi tidak pada hari tertentu“.
“Jemaah menteri turut bersetuju terdapat keperluan untuk meningkatkan kehadiran anggota polis di sekolah bagi memberikan satu signal bahawa sekolah kita satu tempat yang selamat“, katanya pada sidang media mingguan pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.
Tambahnya, kerajaan juga sedang melaksanakan kajian menyeluruh berhubung isu sosial di sekolah yang akan dijalankan oleh satu jawatankuasa khas.
“Satu kajian penuh terhadap isu-isu yang dihadapi oleh sekolah akan diusahakan oleh sebuah jawatankuasa khas, yang laporannya akan disediakan dalam masa terdekat, secepat mungkin“,
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Jemaah Menteri bercadang supaya polis serta Kementerian Dalam negeri (KDN) mempertingkatkan pemantauan keselamatan di sekolah. – MalaysiaGazette
















