Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

GEORGE TOWN – Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes samun hingga mendatangkan kecederaan terhadap bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak direman selama tujuh hari.

Perintah reman bermula hari sehingga 24 Oktober itu dikeluarkan Majistret Siti Nur Suhaila Baharin di Mahkamah Pulau Pinang di sini.

Mahkamah membenarkan permohonan reman terhadap suspek berusia 52 tahun itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju berwarna merah serta tengah bergari itu tiba pada jam 9.35 pagi di mahkamah dengan diiringi polis.

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan Dzulkifli menerima 16 jahitan di bahagian kepala akibat kejadian.

Susulan itu, polis menahan seorang suspek pada jam 2.30 petang di Bayan Baru, di sini bagi membantu siasatan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 pagi ketika mangsa baru pulang dari masjid sebelum menyedari suspek bersembunyi di tepi halaman rumahnya.

“Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki itu mengacukan dan menyerangnya menggunakan satu objek hitam sebelum melarikan diri dengan memanjat pagar rumah,” katanya. – MalaysiaGazette

 

Polis tahan suspek bantu siasatan samun bekas Naib Canselor USM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast