KUALA LUMPUR –  Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) lancar rancangan strategik 2026 hingga 2030 yang bakal menjadi panduan utama dalam usaha memperkasa kerjasama Islam serantau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia menggunakan pendekatan yang lebih dinamik, progresif dan berdaya saing.

“Semoga MABIMS terus menjadi platform unggul yang memartabatkan Islam sebagai teras kemajuan dan kesejahteraan serantau” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu katanya, Pertemuan MABIMS Kali Ke-21 yang berlangsung pada hari ini bukan sekadar forum serantau.

Sebaliknya jelas beliau, ia merupakan lambang ukhwah Islamiah dan komitmen bersama dalam memperkukuh dasar keagamaan, penyelarasan takwim hijri, serta pembangunan sistem pengurusan halal yang semakin efisien dan inovatif.

Pertemuan tersebut kali ini diadakan di Melaka.

MABIMS merupakan platform pertemuan Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast