Skuad JDT melakukan latihan sebagai persediaan berdepan Chengdu Rongcheng FC pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Phoenix Hill, Chengdu petang ini.- Foto ihsan Johor Southern Tigers.

ISKANDAR PUTERI – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz menjangka tentangan sengit berdepan Chengdu Rongcheng FC pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Phoenix Hill, Chengdu petang ini.

Justeru, Munoz mengingatkan kesebelasan Harimau Selatan untuk kekal fokus sepanjang aksi dalam perlawanan dalam usaha meraih mata berharga.

“Pertamanya saya rasa perlawanan petang ini merupakan perlawanan yang sukar, namun kita perlu terus kekal fokus seperti mana perlawanan lain sebelum ini.

“Kita juga telah melawat venue perlawanan dan menjangkakan suasana perlawanan yang sengit berdasarkan kepada persiapan yang dilakukan pihak lawan terutamanya melibatkan keadaan padang di stadium.

“Apa pun, pemain diharap dapat memberikan aksi yang terbaik bagi berdepan kesebelasan pemain lawan yang pastinya menampilkan ramai pemain-pemain berkualiti,” katanya menjelang perlawanan tersebut.

Ditanya mengenai persiapan pasukan, tonggak pertahanan Harimau Selatan, Eddy Israfilov menegaskan, mereka hanya mahu menumpukan perhatian terhadap perlawanan itu nanti.

“Tidak ada apa yang boleh diperkatakan mengenai persiapan pasukan. Kami telah bersedia dengan cukup baik untuk perlawanan ini.

“Oleh itu kita tunggu sahaja untuk perlawanan ini bermula,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast