KUALA LUMPUR – Hampir kesemua ketua bahagian Bersatu tidak bersetuju dengan usul menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-11, kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
“Majoriti ketua bahagian tidak bersetuju dengan usul untuk mengangkat Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri atau pun poster boy, ujarnya dalam program audio siar The Zaid Ibrahim Podcast semalam.
Tambah beliau, ketika ini parti tersebut sedang mengalami pelbagai masalah dan perkara itu akan menyinggung perasaan rakan dalam Perikatan Nasional, Pas.
“Jika kita buat macam ini, it will offend Pas. Dalam keadaan Bersatu paling lemah, akaun kena frozen (dibekukan), ahli makin berkurangan, (dan) pejabat tutup, Bersatu amat bergantung terhadap ihsan Pas di kawasan masing-masing,” katanya.
Disebabkan itu, Wan Ahmad Fayhsal menegaskan, supaya mereka menghormati dan memahami sensitiviti Pas terhadap perkara berkenaan.
Beliau yang digantung keahlian daripada Bersatu itu menegaskan, parti politik itu kini berbeza seperti sebelum ini yang merupakan parti kerajaan namun kini ia hanya parti dengan jumlah kerusi di Parlimen yang sedikit berbanding dengan parti Pas. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
















