Pengarah Jabatan Integriti DBKL, Kamarulzaman Ahmad (kanan) menerima pingat daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Pengarah Jabatan Integriti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kamarulzaman Ahmad menerima penganugerahan Pingat Khidmat Terpilih Kelas 1 sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa ke-56 Tahun 2025 di sini pada 9 Oktober lalu.

Majlis itu disempurnakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif dan juga melibatkan 40 warga DBKL lain yang turut menerima pelbagai pingat penghargaan atas prestasi cemerlang mereka.

Anugerah diberikan sebagai pengiktirafan atas khidmat bakti dan komitmen tinggi penjawat awam dalam perkhidmatan penguatkuasaan.

Kamarulzaman pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam (BUTSA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak 2 Oktober 2023 hingga 1 Oktober 2025 akan menyambung perkhidmatannya selama dua tahun lagi bermula 2 Oktober 2025 hingga 1 Oktober 2027.

Sementara itu, Maimunah dalam ucapannya turut berterima kasih kepada semua anggota dalam memastikan bandar raya sentiasa selamat, bersih dan teratur.

Beliau menekankan integriti dan profesionalisme amat penting bagi mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap DBKL serta menyeru warga penguatkuasaan mengamalkan nilai Competent, Accountable, Transparent, Effective and Efficient (CATEE) sebagai budaya kerja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast