Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat sebaik siasatan polis dan forensik selesai kira-kira 1.50 pagi di lokasi kejadian.

BUKIT MERTAJAM – Polis Pulau Pinang menahan tiga lelaki warga asing bagi membantu siasatan pembunuhan tragis dua beranak di kediaman sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, di sini, pada Sabtu lalu.

MalaysiaGazette difahamkan ketiga-tiga lelaki berusia antara 30-an hingga 40-an itu ditahan di luar kawasan Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan tangkapan tersebut.

“Kita akan keluarkan kenyataan media nanti” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Kes bunuh dua beranak: Dua lelaki termasuk warga asing direman 7 hari

Dua beranak mati dibunuh: Henti sebar spekulasi jejaskan siasatan – Azizee

Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh dua beranak

MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan, polis telah menahan tiga suspek termasuk suami mangsa berusia 57 tahun bagi membantu siasatan pembunuhan Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11 tahun.

Kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail berkata, pihaknya menjalankan siasatan pelbagai sudut bagi mengenal pasti motif pembunuhan dua beranak itu selain menasihatkan orang ramai menghentikan spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Pada Sabtu lalu, dua beranak ditemui mati dalam satu pembunuhan kejam di rumah sewa mereka.

Mayat wanita itu ditemui di bahagian dapur tingkat bawah rumah dengan keadaan kepalanya hampir putus manakala anaknya pula, meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah separa kayu itu.

Mayat mereka ditemui suami mangsa kira jam 7.30 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast