Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir untuk menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Quddus, PPAM Saderi, Presint 16, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Kabinet masih tidak menerima sebarang usul daripada Datuk Ewon Benedick untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Ahli Parlimen Penampang itu hadir dalam mesyuarat Kabinet pagi tadi namun Ewon tidak berbuat demikian.

“Ada…ada…(hadir mesyuarat Kabinet). Belum lagi (hantar surat letak jawatan,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Surau Al-Quddus, Presint 16 hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick.

Anwar berkata demikian mengulas hasrat Ewon untuk meletak jawatan dalam Kabinet sekiranya Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengiktiraf hak Perlembagaan Sabah berhubung 40 peratus hasil Persekutuan.

Ewon selaku Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berkata, keputusan itu selaras dengan resolusi diluluskan Konvensyen UPKO Bahagian Penampang pada Ahad lalu.

Antara resolusi UPKO Bahagian Penampang termasuk menuntut beliau berundur daripada Kabinet sekiranya AGC meneruskan rayuan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast