GEORGE TOWN – Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah terus meningkat kepada 2,885 orang setakat jam 8 pagi ini, banding 1,756 semalam.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 1,027 mangsa daripada 280 keluarga di Pulau Pinang ditempatkan di tujuh Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang dibuka di tiga daerah.
Mengikut pecahan, empat PPS dibuka di Daerah Seberang Perai Utara bagi menempatkan 778 mangsa daripada 212 keluarga.
Di Daerah Seberang Perai Tengah pula, dua PPS menempatkan 217 mangsa daripada 58 keluarga, manakala satu PPS di Daerah Barat Daya menempatkan 32 mangsa daripada 10 keluarga.
Keseluruhan mangsa yang ditempatkan terdiri daripada 344 lelaki dewasa, 335 wanita dewasa, 173 kanak-kanak lelaki, 147 kanak-kanak perempuan, 10 bayi lelaki dan 18 bayi perempuan.
Sementara itu di Kedah, sebanyak 14 PPS dibuka di empat daerah bagi menempatkan 1,858 mangsa daripada 587 keluarga.
Daerah Kulim mencatat jumlah tertinggi dengan smebilan PPS dibuka, menempatkan 1,470 mangsa daripada 449 keluarga.
Di Baling, empat PPS menempatkan 251 mangsa daripada 88 keluarga, manakala masing-masing satu PPS dibuka di Pokok Sena dan Kuala Muda, menempatkan 85 mangsa (26 keluarga) dan 52 mangsa (24 keluarga).- MalaysiaGazette
















