KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden hari ini mengecam keras kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara.
Menurut Ahli Parlimen Alor Setar itu, lawatan berkenaan tidak wajar diterima rakyat Malaysia berikutan peranan Amerika Syarikat dalam membekalkan senjata kepada Israel sehingga mengorbankan puluhan ribu rakyat Palestin.
“Hari ini seorang penjenayah perang menjejakkan kakinya ke bumi Malaysia. Penjenayah perang inilah yang menyalurkan senjata kepada Isr@el sehingga menyebabkan lebih 65,000 nyawa rakyat Palestin telah terkorban,” katanya di Facebook beliau, hari ini.
Beliau turut menuduh pentadbiran Trump sebagai penyumbang utama kepada pertumpahan darah di Gaza.
Afnan juga menyatakan rakyat Malaysia tidak akan merestui kedatangan Presiden Amerika Syarikat itu ke tanah air.
“Ingatlah wahai Syaitanul Akbar, Trump, kami rakyat Malaysia tidak sesekali redha dengan kehadiran kamu ke Malaysia. You are not welcome in Malaysia!!!”, katanya.
Trump yang tiba di negara ini pagi tadi bagi lawatan rasmi dua hari sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-Sidang Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Lawatan itu merupakan kunjungan rasmi pertama Trump ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan sebagai Presiden AS ke-47 pada Januari lalu. – MalaysiaGazette

















kehadiran PAS di Malaysia perlu di tolak sepenuhnya kerana fiiran mereka cetek dan sontot