JOHOR BAHRU – Kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke negara ini semalam adalah satu penghinaan terhadap agama dan umat Islam seluruh ASEAN.

Ketua Dewan Muslimat Pas Johor, Zakiah Tukirin berkata, kehadiran pemimpin yang menjadi pendokong tegar rejim Israel adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

“Ini juga dianggap sebagai tusukan moral kepada rakyat Malaysia yang majoritinya bersolidariti dengan rakyat Palestin.

“Kami amat dukacita dan terhina apabila negara kita seolah-olah terpaksa meraikan pemimpin yang kezalimannya secara langsung dan tidak langsung telah meragut puluhan ribu nyawa tidak berdosa, terutamanya wanita dan kanak-kanak di Gaza.

“Kami berdiri teguh dan bersolidariti penuh dengan pendirian tegas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pemimpin AS itu sebagai ‘syaitan besar’ yang mengetuai dasar kezaliman antarabangsa terutamanya dalam isu Palestin,” katanya dalam kenyataan.

Semalam Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, turut mengadakan beberapa mesyuarat bilateral dengan pemimpin serantau.

Mengulas lanjut, Zakiah berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan tidak wajar menggadaikan prinsip demi kepentingan hubungan diplomatik semata-mata.

“Isu nyawa, maruah dan tanah air rakyat Palestin adalah prinsip akidah dan kemanusiaan yang tidak boleh dikompromi,” tegasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Agak² nya apa jenis handphone yg digunakan oleh Ketua Muslimah PAS Johor ni. dgn aplikasi apa..mungkin dia tak guna Google, whatsapp, Instagram, Facebook kot..katakan lah semua benda tu digunakan dgn IPHONE…mungkin mak bapak dia yg cipta sendiri. Kalau bercakap dgn akal sudah pasti dia manusia..

Comments are closed.