Dr. Zambry Abdul Kadir (tengah) menyaksikan majlis MoU antara Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) di Petaling Jaya, hari ini.

 

KUALA LUMPUR – Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) memperkenalkan dua inovasi utama iaitu Aplikasi Mudah Alih Patient Journey dan virtual Ward yang memberi kuasa kepada pesakit menguruskan perjalanan rawatan serta menerima perkhidmatan penjagaan kesihatan dari rumah.

Dua inovasi ini mampu mengurangkan kesesakan di wad dan mempercepatkan proses rawatan susulan secara maya.

Pengarahnya, Profesor Dr. Nazirah Hasnan berkata, inisiatif yang dilakukan ini menunjukan peralihan budaya kerja ke arah hospital pintar yang bersaskan data dan integrasi teknologi.

“PPUM komited membina ekosistem kesihatan digital yang menyeluruh dan inklusif, bukan sekadar memodenkan sistem tetapi memberi nilai kepada pengalaman pesakit,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Transformasi Digitalisasi Pengalaman Pesakit serta menandatangani memorandum sefahaman dengan Medical Record Bersama Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) hari ini.

Majlis ini disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau turut menambah, pemeteraian MoU antara PPUM dan SASMEC membuka laluan kepada pembangunan sistem pertukaran rekod perubatan elektronik yang lebih sistematik.

PPUM berkata, inisiatif yang dilakukan ini menandakan komitmennya dalam memperkukuk kesihatan digital negara yang selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani ke arah pendigitalan menyeluruh dalam sektor awam.

Sementara itu, Zambry berkata, transformasi digital bukan sekadar peningkatan teknologi tetapi merupakan anjakan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan yang turut menggabung data, teknologi dan pendekatan berteraskan pesakit.

Katanya, kementerian tersebut sentiasa menyokong usaha adaptasi teknologi pintar melalui inisiatif seperti Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025, Geran Pemecut Digital Malaysia dan penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO).

“Pendigitalan sektor kesihatan akademik bukan sahaja meningkatkan kecekapan dan keselamatan pesakit, malah membentuk asas kepada budaya penyelidikan serta pembelajaran berasaskan data yang mampan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast