Mohamad Fazli Mohamad Salleh.

JOHOR BAHRU – Tiga lokasi dikenal pasti bagi pelaksanaan projek infrastruktur utama Hub Terminal Bersepadu di bandar raya ini yang bakal melonjakkan sistem pengangkutan awam di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, ini melibatkan kawasan Senai Utara, Kempas dan Arena Larkin yang berpotensi menjadi terminal penyuraian luar bandar.

“Projek ini turut mempunyai sambungan terus dengan rangkaian rel KTM Komuter/perkhidmatan tren elektrik (ETS) sedia ada yang akan menjadikannya model TOD berasaskan rel yang cekap dan berkesan untuk kemudahan komuter.

“Perancangan teliti dan progresif ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dan agensi berkaitan dalam menyediakan sistem pengangkutan awam yang moden, bersepadu dan mampan,” tulisnya dalam Facebook miliknya hari ini.

Katanya, infrastruktur itu penting untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Johor Bahru dan memacu Johor ke hadapan.

Beliau akan terus memantau projek-projek itu untuk memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast