Kedua-dua tertuduh, Mohamad Solehudin (kiri) dan Ahmad Hazlan (kanan) masing-masing dari Rejimen Pertama Artileri Diraja Para, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pegawai bawahannya berpangkat leftenan muda di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka, 22 Februari lalu.

MELAKA – Dua pegawai tentera berpangkat kapten dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pegawai bawahannya berpangkat leftenan muda di Kem Terendak, Sungai Udang, di sini Februari lalu.

Kedua-dua tertuduh, Mohamad Solehudin Darus, 30, dan Ahmad Hazlan Haris Azman, 28, masing-masing dari Rejimen Pertama Artileri Diraja Para, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencederakan seorang lelaki berusia 26 tahun di bahagian muka, belakang badan dan paha.

Kejadian berlaku antara jam 2.30 pagi hingga 6 pagi, 22 Februari 2025, di hadapan Mes Pegawai Rejimen Pertama Artileri Diraja Para, Kem Terendak, Sungai Udang, dalam derah Melaka Tengah.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Abdullah Mohd Rodzlad, mencadangkan jaminan RM10,000 kepada setiap tertuduh selain syarat tambahan supaya kedua-dua tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan.

Peguam P Shamala yang mewakili kedua-dua tertuduh kemudian memohon jaminan sekitar RM1,000 hingga RM2,000 mengambil kira kedua-dua tertuduh yang masih bekerja merupakan anak sulung menanggung keluarga serta adik beradik.

Mohamad Solehudin dan Ahmad Hazlan juga hujahnya masing-masing hanya bergaji bulanan RM2,600 dan RM1,700 sebulan selepas potongan pinjaman perumahan.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh dikenakan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin serta bersetuju dengan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.

Kes akan disebut semula 18 Disember ini untuk serahan dokumen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast