Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Setiap wartawan berhak untuk bertanya sebarang soalan kepada menteri ketika menjalankan tugas dan mereka wajar dilayan secara profesional.

Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan, pendirian kerajaan sangat jelas kerana tiada arahan khusus dikeluarkan kepada mana-mana anggota pentadbiran kerajaan berhubung hubungan dengan wartawan.

Sehubungan itu, semua menteri diingatkan agar sentiasa terbuka menjawab soalan daripada media.

“Dan setiap jawapan dan respons yang diberikan oleh menteri itu pula perlu disampaikan dengan cermat serta berlandaskan kepada prinsip perhubungan di samping saling menghormati antara media dan juga kerajaan

“Saya menyatakan pendirian berasaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri terbuka untuk menerima sebarang soalan,” dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Fahmi berkata demikian mengulas soalan media mengenai kenyataan Kor Ming semasa majlis prapelancaran projek “I Lite U” yang diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, baru-baru ini.

Pada sidang media itu, Kor Ming telah ditanya mengapa program tersebut menggunakan bahasa Inggeris, bukan Bahasa Kebangsaan.

Awalnya, beliau menjelaskan ia merupakan acara pelancongan, oleh itu penggunaan bahasa Inggeris lebih sesuai bagi menarik pelancong antarabangsa.

Kor Ming kemudian menyoal wartawan berkenaan berkaitan media tempatnya bekerja dan apabila wartaran itu memberitahu beliau dari Utusan Malaysia, menteri dengan wajah serius berkata akan menghubungi ketua pengarang akhbar berkenaan berhubung soalan yang diajukan itu.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,  Nga Kor Ming telah menyatakan kesediaannya untuk mengadakan pertemuan dengan pengurusan akhbar Utusan Malaysia.

Katanya, kenyataan itu dibuat Kor Ming dalam satu pertemuan ketika mesyuarat Kabinet yang diadakan hari ini.

“Beliau telah memaklumkan akan bertemu dengan pihak pengurusan untuk cuba menjernihkan keadaan. Jadi ini komitmen beliau,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kerajaan tidak akan mencampuri urusan sama ada Kor Ming akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada wartawan yang terlibat dalam insiden baru-baru ini.

Jelasnya, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada budi bicara menteri berkenaan.

“Saya serah kepada beliau,” katanya ringkas.

Menurut Fahmi, isu berkenaan turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan beliau memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan hubungan antara kerajaan dan pihak media. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Menteri gangster.. lepas tu play victim.. konon Menteri berhak bagi jawapan… Menteri jawab je lah soalan.. yg duk ugut2 wartawan sebab apa? Kalau tak nak jawab, just reply.. I have no comment.. ni menteri cap ayam gangster taik kucing

Comments are closed.