Watak Dali yang dilakonkan oleh Datuk Aaron Aziz dalam filem Banduan.

KUALA LUMPUR – Filem aksi ‘Banduan’ adaptasi daripada filem pecah panggung India ‘Kaithi’, bakal menemui penonton Malaysia bermula 6 November ini.

Filem arahan Kroll Azry ini juga menandakan kemunculan semula Datuk Aaron Aziz sebagai Raja Aksi Malaysia yang memukau penonton dengan karisma serta babak pertarungan penuh tenaga.

Banduan diterbitkan oleh Number Twenty One Media, Dream Warrior Pictures serta Astro Shaw selaku rakan pemasaran dan pengedaran.

Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Dali, bekas banduan yang baru dibebaskan selepas 10 tahun penjara dan ingin bertemu anak perempuannya buat pertama kali.

Poster rasmi filem Banduan

Namun, perjalanan itu bertukar cemas apabila Dali secara tidak sengaja terperangkap dalam misi berbahaya bersama Inspektor Johari untuk menyelamatkan sekumpulan anggota polis yang diracun serta pasukan polis yang dijadikan tebusan kumpulan

Menurut Penerbit Eksekutif Banduan, Kalyana Devan, filem ini dipilih untuk diadaptasi kerana jalan ceritanya yang bersifat universal dan menyentuh nilai kemanusiaan.

“Banduan mengekalkan semangat asal Kaithi, namun disesuaikan dengan budaya dan jiwa Malaysia,”

“Ia bukan sekadar filem aksi, tetapi kisah tentang kasih sayang, pengorbanan dan penebusan,” katanya.

Beliau berharap filem ini bukan sahaja diterima baik oleh penonton tempatan, tetapi turut menjadi jambatan kerjasama antara industri filem Malaysia dan India. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast