Wan Rosdy ketika hadir ke majlis pelancaran Visit Malaysia 2026- Pahang First di Auditorium Darul Makmur, RTM Pahang hari ini.

KUANTAN – Pahang menyasarkan sebanyak 15 juta kehadiran pelancong pada tahun depan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 di negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia berdasarkan prestasi cemerlang dalam sektor pelancongan apabila menerima lebih 11 juta pelancong setakat September tahun ini.

“Insya-Allah, sasaran ini dapat dicapai kerana kita telah merancang, berusaha dan melaksanakan promosi Visit Malaysia Pahang First pada tahun ini.

”Kita juga membuat persediaan-persediaan awal untuk menggalakkan lebih ramai pelancong datang ke Pahang, sama ada domestik atau antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada majlis pelancaran Visit Malaysia 2026- Pahang First di Auditorium Darul Makmur, RTM Pahang hari ini.

Wan Rosdy berkata, sasaran itu dijangka memberi limpahan ekonomi kepada sektor pelancongan, dengan perbelanjaan pelancong dianggarkan mencecah RM13.4 bilion.

Menurutnya antara pelancong luar negara yang melawat Pahang ialah Indonesia, Singapura, China dan negara-negara Eropah.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast