Solehah Yaacob

KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedang meneliti kenyataan pensyarahnya yang tular selepas mendakwa orang Rom belajar membina kapal daripada orang Melayu pada zaman dahulu.

Kenyataan itu dibuat oleh Prof. Dr. Solehah Yaacob dari Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (AHAS KIRKHS).

Rakaman videonya mendapat pelbagai reaksi di media sosial termasuk kritikan terhadap ketepatan fakta sejarah yang dibangkitkan.

Dalam kenyataan hari ini, pihak UIAM menegaskan, pandangan tersebut adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi universiti.

Pihak pengurusan universiti turut memandang serius dan kesal terhadap tindakan ahli akademik berkenaan yang menjejaskan integriti akademik serta imej UIAM.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi (OCAP) UIAM, universiti kini menjalankan penelitian dalaman mengikut tatacara sedia ada.

Tambahnya lagi, tindakan sewajarnya akan diambil selepas siasatan selesai.

UIAM  juga menegaskan, pihaknya membawa prinsip kebebasan akademik namun menekankan setiap pandangan perlu berpaksikan ketepatan ilmiah dan tanggungjawab ilmiah agar tidak menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Bnagsa melayu ni mmg ditakdirkan tak boleh jd hebat, bahkan nk keluar teori melayu hebat pun kena siasatan. Cuba la pandang dr sudut akedemik sikit, bukan sudut nk jaga hati bnagsa lain.
    Ni aku ingat kalau prof melayu kita keluar teori alam semesta berpusing keliling bumi, mau kena label sesat dah ni.. Melayu oh melayu. Bangsa yg malu utk mengaku hebat.

    • Oh sudah tentu — sebab tiada apa yang lebih menunjukkan “kemajuan akademik” selain teori kosmik dan rasa kasihan pada diri sendiri. Sudah pasti seluruh dunia sedang berkomplot untuk menghalang genius Melayu daripada mengubah bentuk alam semesta.

      Do stupid things, win stupid prizes sial

    • Saya setuju dengan tuan. Sepatutnya hujah ini dibahaskan secara akademik. Bukannya menekan dan melabelkan Prof. Solehah dengan berbagai-bagai tomahan. Lebih memburukkan keadaan, netizen yang tidak pernah membuat kajian, tidak mempunyai ilmu serta bodoh dalam sejarah pun turun mencaci dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Prof. Solehah. Tapi yang lebih malang lagi apabila bangsa MELAYU itu sendiri yang buta sejarah, hanya percaya pada sejarah yang ditulis oleh penjajah yang jahat turut menolak secara total tanpa ada rasa untuk mengkaji dan mendalami perit jerih kesusahan nenek moyang mereka dalam mempertahankan kedaulatan TANAH MELAYU ini.

  2. Oh sudah tentu — sebab tiada apa yang lebih menunjukkan “kemajuan akademik” selain teori kosmik dan rasa kasihan pada diri sendiri. Sudah pasti seluruh dunia sedang berkomplot untuk menghalang genius Melayu daripada mengubah bentuk alam semesta

    Do stupid things, win stupid prizes sial

  3. teruskan prof menyiasat. semoga usaha prof akan diteruskan oleh anak cucu kita yang ada jati diri. mereka yang tidak percaya pada kehebatan org Melayu mmg minda mereka telah dibrain wash dan di cuci cukup oleh penjajah.

Comments are closed.