Pengarah Pemasaran Osmanordin Capital Sdn Bhd, Zulkarnain Yahya

SHAH ALAM – Usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) boleh menarik nafas lega apabila kerajaan tidak putus menggiatkan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dalam merangsang ekonomi domestik.

Pengarah Pemasaran Osmanordin Capital Sdn Bhd, Zulkarnain Yahya berkata, inisiatif kerajaan bekerjasama dengan pengendali platform e-dagang dilihat mampu menonjolkan produk tempatan bukan sahaja di dalam bahkan luar negara.

“KBBM diyakini mampu mengangkat jenama produk tempatan termasuk jenama Jasmin7 di pentas dunia, apatah lagi Malaysia kini mendapat perhatian dunia susulan kejayaan dalam penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, baru-baru ini.

“Sebagai pengeluar produk berasaskan cecair cucian, saya menaruh harapan tinggi agar produk tempatan bukan sahaja menjadi pilihan rakyat, bahkan mampu menembus pasaran antarabangsa bermula dengan negara-negara anggota ASEAN,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kerjasama strategik pihaknya dengan pengendali platform e-dagang berjaya membantu meningkat promosi, memperluas pasaran dan menggalakkan pembelian produk buatan Malaysia secara dalam talian.

Zulkarnain juga berkata, Jasmin7 yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dan menghasilkan 11 rangkaian produk termasuk cecair pencuci pakaian, pelembut dan pewangi kini melebarkan sayapnya menerusi mesin layan diri.

“Buat permulaan, kita tempatkan mesin layan diri jualan sabun cuci pakaian Jasmin7 di hadapan kedai rangkaian kami di Seksyen 27, Shah Alam dan Bandar Saujana Putra.

“Mesin layan diri Jasmin7 menawarkan empat varian wangian dan orang ramai hanya perlu membawa botol dari rumah serta membuat isian semula mengikut kapasiti liter yang diperlukan,” katanya.

Pengarah Pemasaran Osmanordin Capital Sdn Bhd, Zulkarnain Yahya bersama mesin layan diri sabun cucian pakaian Jasmin7 di salah satu rangkaian kedainya usahawan itu di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor.

Selain itu, kata Zulkarnain, untuk membolehkan jenama Jasmin7 menembusi pasaran dalam dan luar negara, pihaknya menawarkan usaha sama perniagaan mesin layan diri dengan mana-mana pihak yang mahu menambah pendapatan.

“Orang ramai boleh menjana pendapatan antara RM4,000 hingga RM6,000 sebulan dengan perniagaan mesin layan diri Jasmin7 ini dan boleh menghubungi kami di talian 012-9289204.

“Usaha ini sebagai menyahut seruan kerajaan dalam membantu rakyat mengurangkan dan menangani kos sara hidup,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast