Noor Arlyana terakhir kali dilihat di Blok 7, G6 PSN Nilai Perdana, Taman Nilai Perdana, pada dua hari yang lalu. -Sumber PDRM

KUALA LUMPUR – Remaja perempuan, Noor Arlyana Khairul Alief dilaporkan holang di Nilai Perdana, Negeri Sembilan, pada dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, remaja berusia 15 tahun itu dilihat kali terakhir di Blok 7, G6 PSN Nilai Perdana, Taman Nilai Perdana, pada jam 11 malam.

Noor Arlyana mempunyai kulit yang sawo matang dengan bentuk muka yang tirus, berbadan kurus dan berketinggian kira-kira 150 sentimeter.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Raid Aiman Norzamri di talian 019-4440996 atau berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7904389 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.