Operasi kontena yad di Northport.

KUALA LUMPUR – Northport (Malaysia) Bhd. (Northport) mencatatkan jumlah kendalian sebanyak 366,131 TEU (unit
bersamaan 20 kaki) pada Oktober 2025, mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 365,558 TEU yang dicapai pada Ogos 2024,

Pada bulan sebelumnya, Northport turut mencatat rekod baharu bulanan bagi pengendalian kargo konvensional, dengan jumlah kendalian sebanyak 1,327,883 FWT (freight weight tonnes), mengatasi rekod terdahulu iaitu 1,277,409 FWT yang dicapai pada Oktober 2024.

“Pencapaian dua rekod bulanan berturut-turut bagi segmen kontena dan kargo konvensional ini mencerminkan keupayaan kami dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai, sekali gus meraih kepercayaan dan keyakinan pelanggan kami.

“Kami percaya momentum ini meletakkan Northport di landasan yang betul ke arah satu lagi prestasi kukuh dalam pengendalian kargo kontena dan konvensional pada tahun ini,” kata Nik Muzani Nik Abdul Aziz, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Northport.

Bagi tempoh Januari sehingga Oktober 2025, Northport telah merekodkan jumlah pengendalian kontena sebanyak 3,129,491 TEU, iaitu pertumbuhan 2.2% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Komposisi segmen juga mencatatkan pertumbuhan 2.9% bagi kargo tempatan dan 1.5% bagi kargo transhipment, berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Prestasi semasa ini terus menunjukkan potensi kukuh bagi Northport, dengan beberapa inisiatif dan projek sedang dijalankan untuk meningkatkan lagi kapasiti terminal dan kecekapan operasi.

Northport berkata, projek menaik taraf dermaga yang sedang dijalankan dijangka membolehkan Syarikat mengendalikan kapal bersaiz lebih besar, sekali gus memperkukuh daya saing di rantau ini.

Sementara itu, ketibaan empat buah kren dermaga baharu pada tahun 2026 bakal meningkatkan lagi produktiviti serta mengoptimumkan prestasi operasi bagi menyokong pertumbuhan jangka panjang Northport. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast