Seorang wanita cedera dan seorang bayi selamat selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan melanggar tembok Plaza Tol Skudai di Lebuhraya Utara-Selatan, Kulai, hari ini.

KULAI – Seorang wanita cedera manakala seorang bayi terselamat selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan melanggar tembok Plaza Tol Skudai di Lebuhraya Utara-Selatan di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai, Penguasa Bomba Kanan I Abd Malik Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 3.17 petang.

Susulan itu seramai enam anggota dan sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan kereta jenis Toyota Vios dinaiki dua wanita dan seorang bayi telah hilang kawalan dan melanggar tembok Tol Skudai.

“Kejadian tersebut menyebabkan pemandu wanita selamat manakala seorang penumpang wanita dewasa cedera manakala seorang bayi selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pengguna jalan raya yang berada di kawasan itu kemudian mengeluarkan semua mangsa sebelum pihak bomba tiba.

Mangsa yang cedera katanya, dihantar ke hospital dengan menaiki ambulan Kementerian Kesihatan, operasi tamat pukul 3.18 petang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast