Tangkap layar berkaitan produk kesihatan.

KUALA LUMPUR – Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sedang menyiasat dakwaan seorang wanita yang meninggal dunia selepas memakan satu produk kesihatan.

PKKM dalam kenyataannya berkata, siasatan awal mendapati produk berkenaan dijual di laman e-dagang seperti di platform Shopee, Lazada dan Tiktok.

“Berdasarkan hasil ujian, produk ini mengandungi bahan aktif glutathione yang tersenarai di bawah Negative List di dalam Drug Registration Guidance Document (DRGD).

“Susulan itu, produk ini tidak mematuhi Seksyen 13B (2)(d), Akta Makanan 1983 yang tidak membenarkan makanan diadukkan dengan apa-apa bahan yang penambahannya tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah PKKM, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk meneliti aspek pelabelan, bahan ramuan, premis pengeluar, pengimport dan pengedar produk di pasaran tempatan.

Selain itu, pihaknya juga sedang mengesahkan kesahihan dakwaan kematian tersebut dan didapati bahawa tiada kiriman di media sosial daripada keluarga atau kenalan rapat mangsa yang mengesahkan kejadian tersebut.

Sehubungan dengan itu, ornag ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi PKKM di talian 03-88850796 atau e-mel ke [email protected] bagi membantu siasatan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast