Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Institusi asing kembali mencatatkan jualan bersih di Bursa Malaysia minggu lalu selepas merekodkan aliran masuk pada minggu sebelumnya, dengan aliran keluar bersih berjumlah RM473.1 juta.

Institusi asing hanya menjadi pembeli bersih pada satu daripada lima hari dagangan sepanjang minggu berkenaan, iaitu hari Selasa dengan aliran masuk sebanyak RM20.4 juta, menurut MBSB Research.

Menurutnya, aliran keluar terbesar dicatatkan pada Rabu sebanyak RM230.7 juta, diikuti Jumaat RM132.8 juta, Khamis RM109.3 juta dan Isnin RM20.7 juta.

Mengikut sektor, tiga sektor yang merekodkan aliran masuk bersih daripada institusi asing tertinggi ialah Tenaga sebanyak RM104 juta, Teknologi (RM64.8 juta) serta Pengangkutan dan Logistik (RM25.2 juta).

Sebaliknya, tiga sektor yang mencatatkan aliran keluar bersih asing terbesar ialah Utiliti sebanyak RM289.2 juta, Perkhidmatan Kewangan (RM162.5 juta) dan Penjagaan Kesihatan (RM152.3 juta).

Firma penyelidikan itu menambah, pelabur institusi tempatan pula menamatkan rentetan jualan bersih selama dua minggu berturut-turut dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM384 juta.

Pelabur runcit pula melanjutkan rentetan belian bersih kepada lima minggu berturut-turut, dengan aliran masuk bersih berjumlah RM89 juta.

Dari segi purata jumlah dagangan harian (ADTV), semua kumpulan pelabur mencatatkan penurunan.

ADTV pelabur runcit susut 3.3 peratus, institusi tempatan menurun 12 peratus, manakala institusi asing merosot paling ketara sebanyak 36.3 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here