Namawee

KUALA LUMPUR – Reman terhadap pengarah filem, Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee dilanjutkan selama tiga hari mulai esok sehingga 13 November ini selepas tempoh reman berakhir hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ia bagi membantu siasatan kes kematian pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di Jalan Conlay pada 22 Oktober lalu.

“Untuk makluman, polis telah mendapat permohonan lanjutanl tempoh reman Namewee telah dibenarkan selama tiga hari mulai 11 hingga 13 November 2025,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Pada 5 Oktober lalu, Namewee, 42, tampil menyerah diri di IPD Dang Wangi, bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Pemuzik itu dilaporkan antara individu terakhir bersama pempengaruh Taiwan berkenaan iaitu Hsieh Yun Hsin, dianggap penting dalam membantu siasatan.

Wanita berusia 33 tahun itu ditemukan mati dalam tab mandi di bilik air hotel terbabit pada 22 Oktober lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes terbabit pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis memaklumkan siasatan menyeluruh sedang dijalankan dari pelbagai sudut, termasuk menahan individu terakhir yang dilaporkan bersama mangsa sebelum wanita itu ditemui maut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast