Luqman Hakim. Foto FB Negeri Sembilan FC.

KUALA LUMPUR – Pemain naturalisasi, Jordan Mintah terpaksa menunggu lagi untuk membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan selepas digugurkan daripada skuad Harimau Malaya bagi aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 18 November ini.

Skuad kebangsaan menerusi laman Facebook, Malaysia NT memaklumkan tempat yang ditinggalkan penyerang Kuching City itu akan diisi oleh penyerang Negeri Sembilan, Luqman Hakim Shamsudin yang sebelum ini diletakkan dalam senarai bersedia.

“Luqman Hakim Shamsuddin dipanggil menyertai kem latihan berpusat menggantikan Jordan Mintah yang terpaksa meninggalkan kem atas faktor kesihatan,” kata Malaysia NT.

Mintah sebelum terlepas dua aksi Kumpulan F ketika berdepan Laos, bulan lalu selepas tidak disenaraikan dalam skuad kerana faktor dokumentasi yang masih belum selesai.

Namun nama pemain berusia 30 tahun kelahiran Ghana itu turut berada dalam kem Harimau Malaya

Pemain Kuala Lumpur City FC, Jordan Mintah meraikan jaringan selepas berjaya menembus gawang pasukan PSM Makassar pada perlawanan akhir Piala AFC 2022 bagi Zon ASEAN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Foto HAZROL ZAINAL, 24 OGOS 2022.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast