- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC)

KUALA LUMPUR – Pasukan Petugas Khas Indeks Persepsi Rasuah (CPI) membangunkan Pelan Tindakan Fokus Group (FG) Penguatkuasaan bagi memperkukuh usaha penambahbaikan integriti dan keberkesanan penguatkuasaan dalam meningkatkan kedudukan dan skor Malaysia dalam CPI.

Pelan tersebut menghimpunkan strategi, inisiatif dan tindakan utama dengan tumpuan kepada pengukuhan integriti, ketelusan, akauntabiliti serta pemantapan kecekapan operasi penguatkuasaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) merangkap Ketua Peneraju FG Penguatkuasaan, Pasukan Petugas Khas CPI, Asliza Ali, pelan berkenaan merupakan roadmap menekankan pendekatan bersepadu berasaskan data dalam melaksanakan reformasi penguatkuasaan.

“Ia sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus yang baik dan meningkatkan keyakinan awam terhadap institusi penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan FG Penguatkuasaan yang diadakan selama dua hari di Putrajaya sejak semalam.

Bengkel itu melibatkan para pegawai kanan 12 agensi terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Turut serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Bengkel tersebut bertujuan memperhalusi rangka tindakan serta cadangan inisiatif yang akan dimuktamadkan sebagai
pelaksanaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast