Mayat lelaki dipercayai mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia–Thailand ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).

KUALA LUMPUR – Dua lagi mayat lelaki dipercayai mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia–Thailand ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) pagi ini.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim, Romli Mustafa, berkata Pasukan Polis Marin (PPM) menemui mayat pertama sekitar 10.10 pagi.

“Mayat berkenaan dipertemukan berhampiran Pulau Singa Besar” katanya dalam kenyataan hari ini

Menurut Romli, mayat tersebut dibawa ke Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) oleh bot PSC 19.

“Mayat itu diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut,” ujarnya

mayat lelaki dipercayai mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia–Thailand ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT)

Tidak lama selepas itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut melaporkan penemuan satu lagi mayat di Selat Chincin berhampiran Pulau Anak Datai.

Menurut kenyataan, mayat tersebut dibawa ke Jeti Kubang Badak menggunakan Bot Kevlar JBPM dan diserahkan kepada polis.

Seramai 200 pegawai dan anggota pelbagai agensi terlibat dalam operasi hari ini yang digerakkan seawal 7.30 pagi melibatkan 14 aset udara dan laut.

Antara aset utama yang digunakan ialah KM Siangin selaku On-Scene Coordinator (OSC), pesawat CL 415, Beechcraft King Air 350, helikopter AW139 JBPM, kapal dan fast craft TLDM serta bot Rigid Inflatable Boat (RIB) milik APM.

Menurut Romli, sektor pencarian diperluaskan merangkumi kawasan seluas 329.67 batu nautika persegi dibahagikan kepada 14 sektor.

Operasi akan diteruskan sehingga semua mangsa berjaya ditemui sepenuhnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast