Agrobank

KUALA LUMPUR – Agrobank sedang melaksanakan siasatan menyeluruh susulan insiden berkaitan sistem dalaman bank itu, baru-baru ini.

Agrobank dalam kenyataan memaklumkan bahawa semakan itu menunjukkan bahawa tiada dana pelanggan dan data pelanggan yang terjejas, manakala Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih dan Perbankan Dalam Talian Agrobank kekal beroperasi seperti biasa.

“Tindakan telah diambil untuk terus memperkukuh keselamatan sistem dalaman dan penyampaian perkhidmatan perbankan kami,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Agrobank juga bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi penguatkuasaan, bagi memastikan aspek keselamatan dan integriti sistem sentiasa terpelihara.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa Agrobank akan terus memantau situasi itu dan mengambil langkah proaktif untuk mengekalkan keselamatan sistem perbankan.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Agrobank di 1-300-88-2476 atau e-mel [email protected] untuk sebarang pertanyaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast