KUALA LUMPUR – Tular rakaman video yang memaparkan kejadian tembakan yang dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di kawasan Klang.
Rakaman video berdurasi 1.17 minit itu dirakam oleh orang awam menunjukkan sebuah kenderaan berwarna putih yang dipandu suspek cuba melarikan diri namun dihalang oleh kenderaan orang awam di lokasi kejadian.
Bagaimanapun suspek yang memandu kereta berwarna putih berjaya melarikan dirinya dan meninggalkan mangsa terbaring selepas ditembak.
Berdasarkan rakaman itu, orang awam menunjukkan objek yang dipercayai sebagai butir pulur ditemui berdekatan dengan mangsa. – MalaysiaGazette
















