Keadaan bilik guru di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Sungai Lang, Sabak Bernam, selepas mengalami kebakaran kecil. - Sumber JBPM Selangor.

KUALA LUMPUR – Sebuah bilik guru di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Sungai Lang, Sabak Bernam mengalami kebakaran kecil pada pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, tiada kemalangan jiwa yang direkodkan berhubung insiden itu.

Tambah beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.56 pagi, sebelum jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam tiba di lokasi kejadian pada jam 9.13 pagi tadi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik guru di bilik bawah bangunan, kelas jenis A dengan anggaran keluasan lapan kali 10 kaki persegi.

“Kebakaran membabitkan kira-kira 10 peratus ruang dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, operasi pemadaman berjaya dikawal pada 9.20 pagi dan kerja-kerja pemeriksaan sedang dijalankan.

Mukhlis berkata, operasi ini membabitkan tujuh anggota bersama dengan kekuatan satu jentera FRT dan sebuah unit EMRS. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast