Tangkapan layar seorang individu lelaki yang meyeksa seekor beruk tular. Foto: media sosial

KUALA LUMPUR – Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menggesa Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil tindakan segera berhubung video tular penganiayaan seekor beruk yang berlaku di Kelantan.

Dalam video tersebut, beruk berkenaan yang dilihat diikat dengan rantai ditampar dan dihentak menyebabkan haiwan itu menanggung kesakitan.

Menurut SAFM, penganiayaan terhadap hidupan liar adalah kesalahan serius mengikut Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Individu tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

SAFM berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan kes itu dan berharap tindakan tegas serta segera diambil demi memastikan keadilan ditegakkan.

SAFM turut menyeru mana-mana saksi atau individu yang mempunyai maklumat agar tampil membantu melancarkan siasatan terhadap insiden kejam berkenaan.

Untuk sebarang pertanyaan media, SAFM boleh dihubungi di talian 013-7066770 atau emel [email protected]. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast