[Gambar fail] Ahli Perniagaan, Adam Radlan Adam Muhammad hadir ke mahkamah bagi sebutan kes rasuah berkaitan Program Jana Wibawa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 25 OKTOBER 2023.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad bagi membantu siasatan kes.

Suruhanjaya itu menerusi kenyataan berkata, alamat terakhir Adam Radlan, 44 tahun adalah di A16-2 Sunway Pallazio, Jalan Sri Hartamas 3, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.

MalaysiaGazette difahamkan, beliau dikesan bagi membantu siasatan berhubung projek MEX II yang menghubungkan Pusat Pertukaran Putrajaya ke KLIA.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Sharan Raj A/L Govindasamy di talian 014-3560771
atau emel kepada [email protected],” katanya.

Adam Radlan sebelum ini pernah berdepan 12 pertuduhan, lima bagi kesalahan rasuah di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan tujuh lagi bagi kesalahan pengubahan wang haram di bawah AMLA.

Mahkamah melepas dan memebaskannya daripada tuduhan berkenaan.

Ia berikutan Adam Radlan telah membayar kompaun RM4.1 juta mengikut Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ahli perniagaan itu merupakan sepupu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan iaitu menantu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast