KUALA LUMPUR – Seorang wanita giat dikesan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berhubung satu siasatan yang sedang dijalankan oleh Cawangan Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan.
Menurut JIM, wanita tersebut, Rabitah Mohamad Nordin, seorang warganegara Malaysia berusia 59 tahun dengan alamat terakhir di Batu 19, Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Perak.
Jelasnya, maklumat orang ramai amat diperlukan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Khas (USK 5) Bahagian Penguatkuasaan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Ella Fazlina Mat Misiah di talian 03-888 01211 atau Bilik Gerakan 03-888 01555.
JIM berharap kerjasama masyarakat penting bagi membantu mempercepatkan proses siasatan dan tindakan lanjut. -MalaysiaGazette
















