LONDON – Belanda mengesahkan slot ke Piala Dunia 2026 selepas merakam kemenangan bergaya 4-0 ke atas Lithuania pada aksi Kumpulan G di Amsterdam awal pagi tadi.
Skuad Oranje yang juga naib juara tiga kali pada 1974, 1978 dan 2010 akan membuat penampilan ke-12 pada pusingan akhir Piala Dunia selepas menamatkan saingan sebagai juara kumpulan.
Anak buah Ronald Koeman berjaya mengatasi Poland yang menang 3-2 ke atas Malta dan kini perlu beraksi dalam play-off Mac depan untuk layak ke kejohanan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Dengan kelebihan perbezaan jaringan 13 berbanding Poland sebelum sepak mula, Belanda sebenarnya boleh layak walaupun jika mereka tewas.
Sementara itu, Jerman mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 selepas membelasah Slovakia 6-0 pada aksi di Leipzig.
Kemenangan itu mengesahkan Jerman muncul juara Kumpulan A zon Eropah sekali gus layak secara automatik ke kejohanan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Kemenangan itu turut memastikan Jerman, juara dunia empat kali, meraih status pilihan utama yang akan mengelakkan mereka daripada bertembung awal dengan pasukan gergasi lain pada pusingan akhir.
Jerman hanya perlu mengelak kekalahan untuk menjuarai kumpulan dan mereka melakukannya dengan bergaya, manakala Slovakia menamatkan saingan di tangga kedua dan perlu melalui aksi play-off.
Setakat ini, 34 negara sudah mengesahkan tempat di Piala Dunia 2026 termasuk England dan juara bertahan Argentina, manakala 14 slot lagi masih dipertandingkan.
Pusingan akhir Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico tahun depan. – Agensi
















