Foto FB Malaysia NT.

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya terus mencatat peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) biarpun berdepan Kemelut luar padang yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dalam kemas kini terbaharu, skuad bola sepak bimbingan Peter Cklamovski itu melonjak dua anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-116 berbanding tempat ke-118 pada bulan lalu.

Sebagai rekod, Malaysia berada di kedudukan ke-131 pada April lalu sebelum menunjukkan peningkatan konsisten sehingga ke posisi semasa.

Sementara itu, Thailand kekal sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara di ranking ke-95, diikuti Vietnam (110), Indonesia (122), Filipina (136) dan Singapura (151).

Jepun terus menguasai kedudukan Asia di ranking ke-18 dunia, diikuti Iran (20) dan Korea Selatan (22).

Pada peringkat global, Sepanyol mengekalkan status selaku pasukan nombor satu dunia, diikuti Argentina di tempat kedua dan Perancis ketiga. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast