Para peserta terdiri daripada warga pendidik dan pelajar KYP menyertai forum berkaitan “Integriti & Kualiti: Pemangkin Pemikiran Baharu ke Arah Kesejahteraan Negara” di Auditorium Kampus Utama UCYP University, di sini pada semalam.

KUANTAN –  Seramai 250 peserta menyertai forum Integriti & Kualiti: Pemangkin Pemikiran Baharu ke Arah Kesejahteraan Negara di Auditorium Kampus Utama UCYP University di sini semalam.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, Mohd Shukor Mahmud berkata, budaya integriti perlu dijadikan teras di setiap peringkat institusi pendidikan kerana ia menjadi benteng utama pencegahan rasuah.

Menurutnya integriti juga bukan slogan atau kempen bermusim, tetapi nilai yang mesti dibentuk, diamal dan dipertahankan.

“Institusi pendidikan memikul tanggungjawab besar melahirkan generasi yang berprinsip serta bebas daripada amalan tidak beretika,” katanya ketika menjadi ahli panel forum.

“Kualiti dan integriti adalah asas kekuatan organisasi. Dengan komitmen seluruh warga KYP, kita mampu membentuk persekitaran kerja yang lebih berakauntabiliti serta terus dipercayai,” katanya.

Forum anjuran Kolej Yayasan Pahang (KYP) Education Sdn. Bhd itu diadakan sempena Sambutan Hari Kualiti dan Integriti KYP.

Perasmian disempurnakan oleh Pengurus Besar KYP, Norsazlina Che Ghazali yang menekankan peningkatan kualiti kerja dan pengukuhan integriti perlu menjadi teras kecemerlangan organisasi.

Program turut dimeriahkan dengan lafaz serta menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), sesi kuiz interaktif dan penyerahan watikah Duta Integriti yang menyerlahkan komitmen KYP terhadap tadbir urus bersih dan telus.

Forum tersebut dihadiri oleh dekan, pensyarah dan pelajar institusi di bawah KYP, menampilkan tiga panel iaitu Naib Canselor UCYP University, Prof Datuk’ Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain dan pegawai Perbadanan Produktiviti Malaysia, Mohd Azhar Zainuddin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast