Shaline A/P Arumugam dilaporkan hilang sejak 12 November lalu. -Sumber PDRM.

KUALA LUMPUR – Kehilangan seorang wanita menjadi tanda tanya pihak polis apabila mangsa kali terakhir dilihat di Jalan Klang Lama, di sini, pada 12 November lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, kehilangan Shaline Arumugam yang berusia 25 tahun itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields pada 13 November lalu.

“Shaline mempunyai rambut panjang berwarna hitam, berkulit putih, dengan bentuk badan yang sederhana, serta berketinggian kira-kira 150 sentimeter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah  Hoo Chang Hook, Shaline kali terakhir dilihat di Blok 85 Sri Sentosa Batu Enam, Jalan Klang Lama.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Polis Balai Petaling di talian 017-9445601, dan Balai Polis petaling di talian 03-77826222 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast