KUALA LUMPUR – Polis memohon kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat tentang kehilangan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di sekitar Petaling Jaya, Selangor beberapa hari yang lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kehilangan mangsa dilaporkan pada semalam lebih kurang jam 1.04 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
Menurut beliau, mangsa Nur Natasha Izzaty Mohd Faizol terakhir dilihat di kawasan bawah blok 11 Desa Mentari Tiga, Petaling Jaya pada jam 5.15 petang 19 November lalu.
Jelasnya, mangsa mempunyai warna kulit yang sawo matang, berambut lurus dengan anggaran ketinggian adalah 156 sentimeter.
Sehubungan dengan itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabta Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau menghubungi Inspektor Noor Khairul di talian 018-9018686 bagi membantu siasatan. -Malaysiagazette
















